Sunday 26 January 2014

Diari Langkawi Part 3

Asalamualaikum.. jawablah salamku ini dengan bibirmu yang comel ituh...
Orite arini iolls nak habiskan part 3 ni tanpa ada part 4.. bole? sebab uolls pun bukannya baca sangat pun.. hehehe *masalahnya ade ke yang baca?? kalau part 2 IF, sopi dengan wardah dah pergi pekan kuah. hari berikutnya iaitu hari ke 3 kiteorang pegi cable car.

Day 3

Pada 17/1/14
Pagi-pagi lagi dah bangun. hari ni tak ada subuh gajah. hehehe.. we all decide nak breakfast dekat rumah tok wan sopi. dekat je dengan motel kiteorang. so kiteorang kena keluar awal dalam pukul 8 pagi macam tu untuk beli kuih muih.. Atok sopi pulak baru balik keja mase tuh.. so tak adalah terkejar-kejar sangat. Sopi dengan wardah yang beli kuih.. iolls dok je dalam kete. hehe..
bila sampai rumah tok wan sopi tuh.. rasa macam dekat kampung betul sebab rumah tok wan sopi ade lagi rumah papan. tapi di jadikan stor la.. dia dah buat rumah batu dah... cantik!
sementara tunggu tok wan sopi balik.. kiteorang bersembang lah berjalan-jalan sekeliling rumah..
daripada petang semalam kaki IF dah kejang sakit-sakit ni semua sebab aktiviti dekat pulau dayang bunting.. haihhh sakit woiiii.. nak jalan terencut-encut jugaklah. nasib baik betul bawak kete auto. cube manual. nak tekan clutch lagi.. hoho tak larat..

Da borak-borak semua.. kiteorang pun mintak diri dulu nak pergi ke cable car tu agak jauh jugak.. mungkin dalam 45 minit perjalanan? ha.. jalan pulak macam pergi cameron.. best tak? adoilahh... ni semua sebab wardah nak naik sangat cable car.. ikutkan aje.. dalam pukul 10 lebih macam tu we all sampai.. tak ramai lagi.. sekali pergi kaunter.. dia buat announcement angin kuat so tak bole nak naik cable car. bila dah ok baru dia bagi naik. lepas 15 minit dok round area cable car tuh.. amik gambar beli souvenirs untuk kawan-kawan.. lepas tu duduk dekat 1 pondok ni.. kebetulan wardah nak pergi toilet. sekali wardah dah sudah tu wardah call IF nak tanya kat mana.. dia nampak IF dekat pondok terus dia datang.. lepak kejap je dalam 2 3 minit, sopi dah panggil suruh beratur untuk beli tiket cable car. Masa beratur tuh, sopi tanya nak beli aiskrim tak.. IF tak nak.. wardah nak and masa dia nak amik duet dalam beg baru dia perasan yang hp dia tak ada.. dia cari-cari tak ada.. sempatlah jugak dia pergi pondok tadi cari hp dia.. tak jumpa.. IF call hp dia dah off.. maksudnya apa? HP tu orang lain dah amik lah kan? takkan tetiba mati pulak? sekejap je.. tak sampai berapa minit hp tu dah hilang and off. pandai sungguh orang zaman sekarang nih.. sedih wardah.. tak ada mood dia nak berjalan-jalan amik gambar.





Naik cable car rm15 satu kepala. IF tak suka naik cable car sebab IF gayat. haha asiklah terfikir bukan-bukan. kalau lah.. kalau lah.. huhu masalah betul.. daripada cable car nampaklah 1 langkawi ni kononnya. dapat tengok telaga tujuh yang dah kering.. haha nasib baik tak pergi, kalau tak mesti penat je. nampaklah pulau.. dan nampak jambatan gantung.. antara 10 jambatan paling bahaya dalam dunia.. tapi jambatan tu di tutup atas sebab penyelenggaraan katenye.. entah betul entah tidak. hehehe
lepas je abis pusing cable car bagai tuh.. we all pergi pasir hitam.. nak tengok je pasir tu betul ke hitam.. aah memang hitam pun tapi atas jela.. bila di korek-korek dia jadi pasir biasa kat pantai tuh.. jalan-jalan kejap amik gambar, IF sempatlah beli 1 baju kat situ. buat kenangan. lepas tuh nak pergi ayer hangat pulak..
saja nak rendam kaki yang sakit nih.. serious sakit giloosss.. tapi tetappp pergi sane sini..



*Baju IF macam tutu dress daripada calaisyah tapi tak serupa..
best selesa tp kalau tak kena gaya memang nampak macam pregnent.. heheh

Kalau dekat langkawi ni, bila abis waktu lunch maknanya tak ada lagi makanan.. hoii sedih.. kiteorang terlambat dalam pukul 3 macam tu, banyak kedai dah abis dah makanan.. kecian we all.. dah lapa nih sempat jugak pergi singgah kilang gamat nusantara.. beli minyak sikit lepas tu terus balik kedawang. hehe...
balik kedawang tu balik motel lah.. sebelum balik mesti kena cari tempat makan. ha.. sekali jumpa dekat tepi jalan. pun bole.. tengok lauk dia banyak lagi so iolls cepat-cepatlah rembat. lapa tahap nak nangis dah ni. haha over.. murah jugak kedai tu.. tapi tak ingat nama kedai. nanti IF tanya sopi.. balik motel, makan sampai kenyang.. solat lepas tu terbongkang.. kejap je.. lepas asar dalam pukul 6.30 keluar lagi.. hehe pergi pantai chenang pulak.. yang ni bukan pergi buat ape pun.. saje jalan-jalan tengok pantai.. yelah esoknya dah nak balik.. so teringinlah tengok cantiknya pantai chenang tuh..



Pukul berapa entah.. dalam 8.30 kot baru balik sebab sebelum jalan-jalan pantai we all pergi melantak lagi.. hehe dekat mcd tanpa cukai.. fuhhh heaven giler makan tanpa cukai.. lepas tu baru berjimba tepi pantai.. daripada terang sampai ke gelap.. cantik sungguh ciptaan Allah. sampai motel dalam pukul 9 lebih.. tengok tv lepas tu tidurrrr... hehe

Day 4,

Pada 18/1/14
We all bangun pagi sebab sopi nak pergi keja.. sopi tidur motel dengan IF and wardah so senang bawak kiteorang pergi jalan-jalan. dah cuti semalam, so arini sopi kena keja. bangun pagi tengok dia pegi keja lepas tuh mandi siap-siap beg nak balik. tiket kapal terbang pukul 5.45 petang tapi siap pukul 9 pagi. apekah?? memanglah tak tau nak buat apa. sebab we all check out pun pukul 12 tengahari. dah pakai tudung dah tapi baring lagi kat katil. yang si wardah dok belek notebook dia cari hp baru. hehe asiklah berzikir kat telinga IF suruh sponsor dia hp.. ingat iolls ni cop duet ape.. haha Lepas je 12 tengahari, we all pergi pantai chenang jap beli coklat lagi.. hehe kawan kirim. lepas tu singgah makan dekat pantai chenang.. memang sedap + banyak lauk + MAHAL BAQQQ HANGGGG
Ayam + nasi + telur masin kot + air fresh oren = rm9.50
wardah punya nasi + ulam + sup sayur + kerabu mangga +air bali = rm13
terbaiikkkk.. semua pelanggan yang datang we all tengokk je.. semua bawak family. dalam 7 ke 8 orang macam tu.. so nampak lauk itu ini rasa macam teruja lah.. sekali kauu bila bayar mau menangis.. ade 1 pinggan tu bole cecah sampai rm 40... jadi kalau uolls nak makan, jangan makan dekat pantai chenang. mahal gilosss.. tak mampu iolls yang bajet kecik nih..

Lepas makan, we all pergi point view yang bole tengok 1 langkawi tuh.. eh yeke? tapi we all duduk kat parking je. sebab kaki kan sakit. hehe konon-konon macam nampaklah.. tapi nampak jugaklah sebab tempat tu tinggi. Lepas duduk 10 minit amik gambar.. terus gerak ke airport. masa ni dah call abang kereta sewa, tapi dia cakap tungguh sat tunggu sat. sekali IF mesej bos dia encik ismail tu terus abang yang handle kete IF nih call tanya kat mana. manalah IF tak seriau. Masa tu dah pukul 4 petang. nak naik flight pukul 5.45 petang. walaupun lambat lagi, kite kan kena check in 1 jam awal.. bila dah bagi kereta tuh, IF cakaplah best bawak kete viva tuh.. jimat minyak. yang abang gatal ni senyum je. dia bagi balik deposit IF tuh then terus bla. tetiba IF dapat mesej daripada dia.. dia cakap kalau senang-senang call or mesej jela dia.. Ya Allah orang tua ni.. tak kuasa betul.. terus IF tak layan.. balik macam biasa.. delay 15 minit. sampai LCCT dalam pukul 7.15 minit. terus keluar cari bus ke TBS.. RM 8 je.. sampai ke TBS dalam pukul 8 lebih macam tu. sekejap sangat. daripada BTS naik LRT balik ke ampang..

Dekat langkawi IF sempat pergi island hopping (pusing 3 pulau) + pekan kuah + dataran helang + HIG (Hj Ismail Group) + pasar malam kedawang + cable car + pasir hitam + kolam air panas (ayer hangat)+ kilang gamat nusantara + pantai chenang + duty free mall + point view langkawi + lalu depan beras terbakar (ehee tak masuk..sebab ramai orang)




* nota kaki untuk uolls -
1) kalau pergi langkawi tak bawak banyak brg.. klau naik flight tak payah pakai luggage..bawak naik same je beg tu sebab masa IF pegi tuh, berat beg hanya 5 kg.. bayar untuk 15kg.. rugi.. balik pun same.. tak sampai pun 15 kg..
2) motel cari yang center dekat dengan kuah, chenang supaya senang nak buat aktiviti.. jangan amik betul-betul dekat dengan pantai chenang sebab jelan sesak oiii..banyak beno kete..
3)cari kereta sewa yang kecik je kalau 3 orang.. muat je viva tuh.. tak payah acah acah kaya bawak bmw ke mercdz.. minyak kete isi sikit dulu. tak cukup baru isi lain. takut membazir.
4) makan area kedawang mana-mana tepi jalan ade je kedai makan. tapi elakkan makan dekat pantai chenang.. mahal baq hang
5) island hopping macam yang IF dah cakap dekat entry sebelum ni, tak payah santik-santik sebab nanti basah jugak..tak payah bawak beg tangan segala. sila bawak cermin mata dan air mineral.
6) cable car, angin kuat kat atas.. lebih 700 meter tinggi tuh.. bawak baju sejuk.. dan extra carefull dengan penyeluk saku.. sila jaga barang berharga..

Esoknya.. terus pergi hospital macam biasa jaga ibu..
konon-konon nak bawak balik calon menantu untuk ibu tapi dapat bawak balik coklat duty free pun jadilah dari takde bawak apa-apa.. hehehe...
Asalamualaikum

With Love,

No comments:

Post a Comment