Friday, 9 October 2015

Penghantaran Makanan by Dapur Kheyla

Asalamualaikum..

Hari ni, IF nak share something pasal bisnes IF yang IF buat baru-baru ni. IF dengan family ade buat penghantaran makanan ke office-office yang memerlukan khidmat penghantaran makanan. Alhamdulillah bisnes semakin kencang.. Bukan riak cuma nak promote produk kami daripada Dapur Kheyla.. Alhamdulillah semakin mendapat tempat di sekitar Ampang, kuala lumpur dan lembah klang.

Kami ada menu tersendiri mengikut permintaan customer. Setakat ini, IF kerap dapat order di sekitar Hospital. Jadi sesiapa yang perlukan khidmat penghantaran makanan daripada family IF bolehla email personaly dengan IF. Nanti kita deal eaa...

Menu apa yang ada?

Nasi lemak pandan
sandwich telur
sandwich tuna
sandwich sardin
pasta
Spaghetti biasa
oglio olio
carbonara
behun goreng
mee goreng
teh tarik
nescafe panas
kopi panas
teh o panas
kek gula hangus
kek butter
kek pisang homemade
kek roti bakar

Setakat ini, hanya menu ini saja yang available daripada pagi hingga ke petang mengikut waktu pejabat. Kalau ada sesiapa yang interested atau nak cuba.. bole mintak quotation dekat IF melalui email illykhalil@yahoo.com.my.
# Sama-sama kita berusaha mencari redha Allah dan juga rezeki yang Allah janjikan. Insyaallah.
#Support IF berniaga
#Anak muda nak bahagiakan ibubapa

Asalamualaikum..

Wednesday, 7 October 2015

Resipi Nasi Lemak Pandan dari Dapur Kheyla

Asalamualaikum kesayangan semua..

sihat kan? harapnya sihat sejahteralah semuanya ye..
Hari ni mood nak share resipi makanan kegemaran keluarga IF. Resipi dari Dapur Kheyla.
Memang senang dan tak memerlukan kos yang mahal, Insyaallah.

Jom kita mula kan..

PART 1 - NASI LEMAK PANDAN

- Beras 4 pot (ikutlah sukatan masing2)
- Santan (500g)
- Garam/ secukup rasa (secubit/ sesudu teh)
- pewarna hijau/ daun pandan yang dikisar dan diambil airnya
- Daun pandan (2 helai diikat simpul)

Step 1 - Masak Nasi Lemak Pandan

- cuci beras bersih-bersih. Jangan pakai pencuci pulak. pakai air bersih jee
- kalau ikut pot, beras 4 pot air mesti lebih 1 pot bersamaan 5 pot.
- 3 pot santan
- 1 pot air pandan dan sedikit pewarna hijau kalau nak. IF tak letak pewarna sebab warna dah memang cantik macam IF.
-1 pot air biasa. cuba kira, cukup tak 5 pot?
- masukkan secubit garam / secukup rasa. agak-agak bagi rasa je..
-Gaul bagi sebati dengan warna hijau tu.
-Tanak lah beras tu supaya jadi nasi.

PART 2- SAMBAL IKAN BILIS

-Cili boh (3 atau 4 senduk)
-Bawang merah (3 biji potong dadu)
- Bawang putih (10 biji)
- Halia (besar ibu jari)
- Serbuk kunyit (1 sudu teh)
- Belacan (besar ibu jari)
- Ikan bilis goreng setangah masak (segenggam)
- Garam / secukup rasa (agak2 ler nak letak asalkan berasa. jangan over)
- Gula merah bole gula pasir bole gula halus bole.. pun agak2.. pandai2 rasa.
- Asam jawa (1/2 sudu teh)
- Air masak (1 tong) heheh over nauu.. tipu2.. agak2 cili tu kering.. boh la air masak sikit..
- Minyak masak (1 kuali) kihkihkih.. pun tipu jugak.. sikit je letak.. jangan bagi cili hangus..

STEP 2 - MASAK SAMBAL IKAN BILIS

- Sebelum masak tuh, amik blender, blend cili boh tadi tu, bawang merah bawang putih biar depa tak begadoh lagi .. hahah masukkan sekali halia dengan minyak. bagi sedap.
- Panaskan minyak dalam kuali ke periuk ke. boh la dalam 3 sudu besar.. nak lebih pun takpee
- Dah panas minyak, masukkan cili boh yang dah dikisar dengan bawang, halia tu.
- Kacau pastu bagi hangus. hahaha kacau bagi garing lah uolls.. ade pulak bagi hangus.
- Agak-agak nak garing tuh masukkan belacan dengan serbuk kunyit.
- kalau macam kering tu, boh la air sikit.
- bagilah garing cili tu 2x ke.. biar dia betul-betul masak lepastu baru masukkan ikan bilis goreng
- kira dah siap la tuh.. tinggal masukkan garam, secukup rasa dengan gula.. lasssssttt sekali baru masukkan asam jawa.

# Pastu ikut uolls la nak makan telur ikut style ape.. dadar ke rebus ke telur mata kerbau ke..
# Timun tu wajib tau.. ulam.. baik jugak untuk kesihatan..
# Nak tambah kacang dengan ikan bilis goreng lagi pun takde hal..

ok? Macam mana? jadi ke tidoookkk??
sharelah kat orang lain.. uolls je nak makan sedap? hehehe




Friday, 25 September 2015

Berubah

Asalamualaikum

OMG! Lama gila rasanya tak on belog ni. Harusnya korang rindukan IF. Ehh.. ke IF yang rindu korang? Entah apalah yang malas sangat nak update belog sampai tak bukak setahun. Ko ghasee???
IF pun tak tahu. Atau sebenarnya lupa?

Banyak yang jadi dalam masa setahun ni.. Yang penting IF masih seperti dulu tidak pernah berubah. Yang berubah hanyalah berat badan yang semakin berat. Sebab sekarang IF dah habis belajar. Allahuakbar.. betapa lamanya tak update. Dulu update asik penat belajar asik kena buli dengan senior but now i'm officially graduate! yeahh Alhamdulillah to Allah.

Harapnya korang masih berminat nak dengar cerita dari IF. Post-post dulu IF da delete just tinggalkan mana yang betul-betul penting bagi IF.
oH yeah! lupaaaa.. SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KORANG!
Alhamdulillah masih bertemu lagi dengan raya haji pada tahun ni. Tapi macam-macam kan yang jadi tahun ni di Kota Mekkah. Orang kata tu tanda-tanda nak kiamat. Allahuakbar. Masih sempat ke kita nak bertaubat. Gunakan hari ni sebagai permulaan untuk perubahan yang kekal. Perubahan tu bialah kekal dan lebih baik dari semalam. Insyaallah.

Asalamualaikum
There was an error in this gadget