Thursday 19 December 2013

Spegetti Carbonara by IF

Asalamualaikum haii uolls..
hehe arini update belog lagi walaupun dalam kepala otak nak kemas bilik
yang macam tongkang pecah.. hahaha
name pun anak dara.. *ape kena mengena? haha

Ok before ni IF ada cakap yang IF akan cerita pasal makanan je kan?
sebab bila duduk kat rumah dengan ibu tak sihat..
along banyak keja dan ayah yang asik dengan belog dia..
so IF la yang akan memasak...

Ingat lagi tak spegetti by IF? INI
yang tu guna sos daripada KIMBALL..
memang sedap..
untuk menu kita arini.. spegetti carbonara menggunakan sos dari prego.
jangan risau uolls.. insyaallah halal.. bole check melalui on9..

So bahan-bahannya adalah

p/s ni gambar IF amik dekat hincik google..
maap kepada tuan punya gambar ye..
klau nak kredit nanti bgtau IF ea..



















1) mee spegetti * tak kisah nak bentuk yang macam mana
2) hotdog
3) 1 senduk daging cincang...
4) cendawan butang
5) bawang yang sudah di blend.. ikutlah dalam sebiji dua
6) air masak 1 jag
7) minyak masak sedikit
8) secukup rasa dan black pepper
9) sos prego tak kisah nak amik yang mane asalkan chesse barulah carbonara
*kalau yang nak makan tu ramai.. pastikan sos carbonara tu lebih daripada 1 tin..
kebiasaannya IF pakai 2 ke 3 tin..

Jom main masak-masak

(untuk mee spegetti)
1) panaskan periuk ke kuali
2) masukkan air untuk rendam mee spegetti dan rebus.. biakan air menggelegak..
dalam 15 minit..
3) masukkan minyak masak sikit je..secoet untuk bagi mee tak melekat dan brsinar
4) selepas empuk, toskan dan sejukkan sekejap

(untuk sos)

1) panas kan periuk
2) masukkan minyak masak.. dalam 3 sudu besar
3) lepastu masukkan bawang yang dah di blend tadi..
4) biarkan sekejap.. kacau-kacau dan masukkan daging cincang tu
5) biarkan sekejap.. bagi dia garing sikit
6) masukkan hotdog.. kacau lagi
7) masukkan sos carbonara.. kacau bagi sebati masukkan sedikit air
8) masukkan cendawan butang
9) kacau lagi.. smpai mengelegak..masukkan sedikit secukup rasa dan black pepper
10) siappppp... bole di hidang bersama mee spegetti yang telah di sejukkan tadi



* ni gambar original daripada IF.. hehe
kenal tak mngkuk feveret iteewww.. hehe

Ok.. seriously sangat senang..
daripada makan kat luar.. mahal.. baik buat sendiri lagi puas hati..
so uolls rajin2 lah memasak ye...
Asalamualaikum..



With Love,

Tuesday 17 December 2013

Masak Bubur Nangka Madu

Asalamualaikum hai uolls..
jawabla salamku dengan bibir mu ituuu..
ecehh.. ok arini update belog lagi.. disebabkan free tak ade nak buat ape-ape..
jadi iolls update la belog nih..
nanti bersawang bagai.. abis dikutuk sebakul dua..

So.. arini tak ada buat ape pun kat rumah..
semalam sampai umah dalam pukul 10 malam..
tengok ibu masih lagi tak sihat..
uolls.. IF nak mintak jasa baik uolls doakan ibu IF cepat sihat..
lately ni.. IF perasan dia asik demam time-time magrib sampai ke pukul 12...
entahlah tak tau nak kate ape...

Balik cuti ni.. IF akan memasak + mengemas and jaga ibu...
ibu dah kurus sangat uolls.. dari 55 kg.. sekarang dah 48 kg...
Ya Allah dugaan apakah ini... tapi takpe.. IF selalu cakap kat ibu..
kalau ibu rasa penat + lelah + rimas dengan sakit ni..
bersyukurlah sebab masih mampu untuk bergerak + duduk dan berjalan
ade orang dah tak bole nak gerak nak berjalan apetah lagi duduk...
syukurlah ibu.. Allah masih sayangkan kita...

Ok kite tukar topic pulak..
So tengahari tadi IF ade masak lauk..
menu arini nasi puteh + sambal telor + ikan kembong goreng + sayur campor
itupun ibu makan sikit je.. takpe... asalkan ibu makan..
and then, petang tadi IF nampak nangka madu dalam peti ais..
asik dok mengunyah.. so teringat nak buat bubur nangka madu...



Bahan-bahan yang diperlukan:
1) nangka madu sebiji bukan seulas *potong ikut dan jerr
2) santan peket
3) air masak secukup * tak banyak sangat tak sikit sangat
4) garam gula secukup rasa..
5) sagu mata ikan segenggam

Itu aje uolls.. mula-mula IF masukkan sagu mata ikan...
bagi dia kembang.. baru masukkan nangka madu and then santan paket tu *bancuh dengan air masak
pastu masukkan garam and gula secukup rasa.. kalau nak manis bole masukkan gula sebaldi..
bahhahah.. ok jangan main gilerr.. IF gurau je.. letak lah dalam 4 ke 5 sudu besar..
and then, kacau bagi menggelegak tapi jangan sampai pecah minyak pulak
sedang-sedang je.. haa lepas tu siappp... dah boleh hidang..





Giler senang baqq hanggg...
cubelah ye...
Asalamualaikum

With Love,

Sunday 16 June 2013

Puding Roti by IF

Asalamualaikum.. hai uolls.. (ini adelah cite 2 3 minggu yang lepas terlupa nak publish)
hihi... sory uolls.. mesti bukak belog iolls cite same jeee..
how r u?
ok tak last week and this week?
IF just fine.. tak ade apa yang berubah..
masih lagi bercuti..oh yeah..
result untuk last sem dah dapat..
Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk tersenyum..
walaupun still tak dean list but i'm hepy!
IF tak sangka pointer bole naik padahal.. macam yang uolls tau before this..
banyak sangat masalah untuk sem lepas..

Bohong lah kan cakap dah lupa kesusahan yang lepas..
tapi itulah pengalaman di waktu belajar..
kalau tak larat cari ilmu.. so tanggunglah kebodohan dalam diri sendiri..
haaa.. satu pepatah yang makan dalam tauuu..

Ok.. tak nak cite lebih2 pasal tu.. esok pun dah balik Unisel balik..
homaaaii.. menempuh sem baru lagi la iollss..
but its ok.. tak sabar rasenyeee.. hehe

Semalam iolls buat puding roti!
suka2 untuk makan dengan family..
hobi IF sekarang ni adalah buat dessert which is cake, pudding and so on ..
benda yang manis2 sebab iolls pun memang manis orangnye.. *muntah doploh kali

Resepi ni IF dapat daripada belog FARAH LEE..
kenal tak? hmmm tak kenal.. hello.. tu antara belogger tekenal tauuu..
IF saje dok belek2 belog dia.. dah lame dah..
baru berkesempatan nak buat puding roti ni..

Bahan2..
1) 1 kotak susu segar *HL, Dutchlady, Goodday ke.. hape2 yang susu segar
2) telur 1 biji *tak kisah gred ape pun..
3) Roti *ikut suka uolls berapa keping.. dalam 10 ke 15 keping
4) esen vanila *1 sudu kecik je
5) gula *1 cawan..ikut suke nak manis ke idok
6) butter / magerin / planta *setengah cawan pun ok aje..

Cara memasak?

macam ni ye cik kak..
1) masukkan butter and gula dalam bekas..
2) masukkan susu segar ikut suka banyak mana.. iolls pakai 1 cawan saje..
3) dah masukkan susu tu.. gaul lah.. bagi sebati
4) lepas tu masukkan roti *tapi koyak2 dan carikkan roti tu..
5) gaul lagi.. agak2 tak cukup susu.. tambah lagi susu.. klau dah cukup..
6) masukkan telur sebiji and masukkan esen vanila sesudu kecil

pastu gaul lagi.. hihi keje uolls gaul aje.. then masukkan dalam loyang
ha sebelum tu panaskan oven dulu.. Masukkan dalam oven 150°C, 20-30 minit ?* Farah lee lah aja..
kalau tak masak lagi.. bakar sampai masak.. hehe





Ok.. inilah hasilnya.. memang sedap cume kadang2 IF terlebih gula..
hihi jadi kurangkan gula untuk hidup sihat.. hihi..

Oh yea.. kalau uolls pilih kurangkan gula dalam puding roti ni.. 
uolls bole tambahkan coklat cip macam IF buat dalam gambar atas ni..
depends la nak buat macam mana pun.. ikut sedap tekak uolls..
ok enjoy! Asalamualaikum..


With Love,




Saturday 4 May 2013

Kek Pisang

Asalamulaikum..
haii uolls jangan lupa jawab salam tu..
macam mana hari ni?
dah siap sedia untuk mengundi? haaa kau!
semangat gila ni lepas buat analisis..
hahahah.. pasti ini kalilah!
jangan takut pada perubahan...

Ok.. kita bukan nak cite pasal mengundi tapi nak cite...
pasal?? opkos la kek pisang.. dah agak kan?
sebab tajuk entry je dah tau.. hihi
ok2 gini.. IF nak bagitau uolls yang iolls belajar buat kek pisang..
haaa.. kau ade? IF dapat resepi dari kawan kat luar negara
padahal belambak resipi kek pisang kat internet..
dok mintak jugak kat kawan ni.. sian dia haha

Bukan paksa pun actly..
ni sebab kawan IF post entry yang dia buat kek pisang versi muffin..
ko boleh hadap je tanpa rase terliur??
homaiii.. memang tak boleee! terus mintak resipi..
hahaha nak tau bahan2nya?

Jom check it out! (copy je dari belog kawan IF tu)


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah. (saya guna Gas 4).
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.


Lepas je dah gaul tu IF masukkan bahan tadi dalam loyang yang dah disapu dengan margerin..
masukkan dalam oven untuk dibakar selama 15 minit.. hmm ada yang cakap buat 30 minit atau 45 minit tapi IF pilih hanya 15 minit.. mungkin sebab oven lain2 jadi panasnya pun lain2 lah kot.. haha

After 15 minutes IF pun keluarkan kek pisang tadi..
cantik dan bau wangi.. rasa macam nak auuummm! hihi tak sabar nak makan..
mula2 buat agak keras sikit jadi fikir punya fikir
rupanya telur tak cukup kembang...
jadi IF buat yang second tu.. blend bahan campuran telur tu
bagi kembang supaya kek jadi lembut.. *agaknyelah.. hahaha




* kesemua bahan mestilah mencukupi ye..



*abaikan bahan yang tak diperlukan




* mase nih kek dah siap






* lepas tengok kek macam dah sejuk.. terus ngap!
aummm sedappp.. ahahahah


Nampak macam tak sedap kan tapi sebenarnye bangga iolls
dapat buat kek pisang.. hahaha
mesti mak mertua sayang.. *dah kenapa ngan mak mertua
tq tu kak nur.. hihi i did it!
ok uolls tu je.. feel free to drop ur comment!
Asalamualaikum


With Love,




Wednesday 1 May 2013

Perhatian Kepada Yang Tak Reti Memasak!

Asalamualaikum.. 
hye uoolls..
ha jangan lupa jawab salam..
tajuk sangatlah poyooo..
hahaha tajuk tu tuju kepada diri sendiri sebenarnya..
haha dasarrr..

Ni IF nak cite nih..
pasal masak memasak..
haha ok untuk pengetahuan uolls
Iolls dah nak dekat seminggu duduk kat rumah Ampang
homaigooodd rasa dia macam tak nak balik U dah..
tapi dah duduk rumah pun malas nak update belog..
boleh macam tu??
hihi

Sejak kebelakangan ni..
ibu IF.. dia selalu sakit2..
tak lalu nak makan..
walaupun dia masak hari2 *IF tak tolong pun hanya tolong makan saje
dia tak nak makan masakan dia sendiri..
aduh.. 
IF tengah sibuk dalam bilik dok analisis politik
oh yea ni bukan saje2 nak analisis ok..
nanti akan ada discussion dalam kelas
bukan untuk menyokong mana2 parti tetapiii..
bagaimana kita nak kenal lenggok seorang penipu..
kahkahkah.. 

So semalam ibu dah start mengadu tak ada selera nak makan
iools diam je.. nak suruh IF masak letuuww
tapi IF nih hati kental dan keras.. tak masak pun..
sebab tak tau nak masak apa..
IF tanya ibu 
'Ibu nak makan apa? adik masak'
ibu jawab
'tak tahulah dik. ibu tak nak makan nasi'
IF layankan aje..
'ok kalau macam tu adik masak megi nak? masak behun, lempeng?
roti jala? burger? adik call mcd yeah?'
punyalah IF tanya macam2 nak makan apa bagai
ibu dok geleng kepala.. 
ah sudah.. macam mana ni.. IF pun diam masuk bilik buat kerja
IF keluar bilik selepas 2 3 jam dalam bilik tanya ibu dah makan
ibu buat donno je.. hmm sampai ke malam. 
angah balik keje angah terus bancuh soya organik untuk ibu..
nak pulak telan...
prrffff.. kejam ibu! tecik ati adik! *punya tak terpikir nak bagi ibu minum soya

So hari ni IF bangun awal.. dalam pukul 7 lebih macam tuh..*kantoi selama ni bangun lambat
ala cepat 2 jam je pun tu pun ibu dah hepy tengok muka monyok IF..
lepas breakfast IF pun layan lapy.. tetiba ibu panggil ibu suruh masak sup!
dalam kepala hotak ni dah pikir.. sup? sup? sup?
oh baru teringat yang IF penah jadi ketua chef untuk program penyembelihan ayam kat U bulan lepas..
terus bukak peti ais tengok apa yang ada.. hampehhh.. yang ada lobak merah, bunga kobis @kobis bunga
tomato, kentang and ayam.. pun boleeehh demi ibu..
nak tau IF masak macam mane? jommm belajar

Bahan2 :

ayam *tak kisah berapa banyak
bunga kobis @kobis bunga *potong ikut suka
lobak merah *potong ikut suka
tomato *setengah biji pun dah ok
secukup rasa meggi *ikut rasa
cube pati ayam *1 cube je
air masak 1 jag
ubi kentang *2 biji potong ikut suka
bawang putih bawang merah *siap blend
minyak masak *sikit je.. jangan banyak2 1 sudu besar pun dah cukup

Cara2 memasak sup :

1) masukkan minyak masak selepas periuk dipanaskan
2) masukkan bawang yang siap di blend
3)selepas naik bau, masukkan ayam yang siap di potong kecil
4) kacau dan ratakan bawang tadi bersama dengan ayam
5) masukkan sedikit/ separuh cube pati ayam secara hancur dan kacau dan tutup periuk
6) selepas ayam menjadi separuh masak, masukkan air masak 1 jag
7) masukkan ubi kentang 
8) selepas 5 ke 10 minit ubi kentang di masukkan, masukkan sayur *bunga kobis dan lobak merah
9) masukkan sedikit / separuh lagi cube pati ayam
10) kacau dan tutup periuk dalam 5 ke 10 minit untuk ubi kentang dan sayur2 tadi menjadi empuk
11) selepas itu masukkan secukup rasa meggi dan kacau sambil masukkan tomato..
12) tutup api dan sup sedia untuk dihidang!

Ok ini adalah cara masakan IF.. maybe uools ada cara tersendiri untuk masak sup ayam
boleh jer share masakan dengan IF.. lagi IF suka..hihi
yelah orang tak pandai masak macam iools ni kenalah banyak belajar.. ye dak??
ibu siap puji sedap sup IF tuh.. hahah kembang hidung daku sekejap..
ok uolls itu je untuk hari ini.. hihi Asalamualaikum

With Love,



Wednesday 17 April 2013

Spegheti by IF!

Asalamualaikummmm
ha.. sile jawab ye didalam hati...
lebih manis kalau jawab dengan bibir mu yang 
comel ituuuuww..

hari ni tak nak cite panjang..
nak cite pasal spegheti jer..
huh uools tau macam mana nak masak kuah spegheti??

senang je uolls..
 1st of all uolls kena beli spegheti, kuah spegheti yang halal
dan juga daging cincang atau daging buat burger tuh

itu sajaaa...
senang kan???
tapi kalau teringin nak tambah hotdog
atau fish ball ke tak kisah yee
ikut kepada nafsu makan uolls.
iolls memang bernafsu makan speghetti nih..
kihkihkih..

jom kite review macam mana nak buat speghetti
ala-ala illy farishah gituuww


1) rebus spegheti tuh. err.. rebus ke? hihi pun bole





2) tos kan spegheti tu bila dah lembut dan kenyal




3) potonglah hotdog dan daging burger..



4) ni IF pilih kuah dari jenama Kimball dan sedikit cili sebab taknak masam sangat
(yang penting ade logo halal)



5) patut bawang ni blend tapi umah IF xde blender *sob sob
so IF potong bawang kecik untuk di tumiskan




6) ok bila dah naik bau.. masuk kan cili. *sikit jer jangan banyak2




7) bile cili dah masak dan kering.. kite masukkan daging burger tadi
untuk di garingkan dengan cili..*hancurkan ye



8) bila agak2 dah cukup hancur untuk semua daging tu.. kite masukkan kuah
spegheti pulak.. bagi mendidih kejap.. and then masukkan hotdog
mase nilah baru rasa nak tambah garam atau gula
biarkan mendidih dan kacau jangan sampai hotdog tu hancur pulak *kihkihkih



9) ok setel.. 



10) bluerrkk.. Alhamdulilah nikmat Allah



ok macam mane? simple tak?
pun boleh kan... walaupun iolls takdelah skill macam
master chef tuh tapi dapat jugak merasa makan spegheti buatan sendiri.
ok uolls feel free to drop ur comment!
Asalamualaikum

With Love,