Sunday, 26 January 2014

Diari Langkawi Part 3

Asalamualaikum.. jawablah salamku ini dengan bibirmu yang comel ituh...
Orite arini iolls nak habiskan part 3 ni tanpa ada part 4.. bole? sebab uolls pun bukannya baca sangat pun.. hehehe *masalahnya ade ke yang baca?? kalau part 2 IF, sopi dengan wardah dah pergi pekan kuah. hari berikutnya iaitu hari ke 3 kiteorang pegi cable car.

Day 3

Pada 17/1/14
Pagi-pagi lagi dah bangun. hari ni tak ada subuh gajah. hehehe.. we all decide nak breakfast dekat rumah tok wan sopi. dekat je dengan motel kiteorang. so kiteorang kena keluar awal dalam pukul 8 pagi macam tu untuk beli kuih muih.. Atok sopi pulak baru balik keja mase tuh.. so tak adalah terkejar-kejar sangat. Sopi dengan wardah yang beli kuih.. iolls dok je dalam kete. hehe..
bila sampai rumah tok wan sopi tuh.. rasa macam dekat kampung betul sebab rumah tok wan sopi ade lagi rumah papan. tapi di jadikan stor la.. dia dah buat rumah batu dah... cantik!
sementara tunggu tok wan sopi balik.. kiteorang bersembang lah berjalan-jalan sekeliling rumah..
daripada petang semalam kaki IF dah kejang sakit-sakit ni semua sebab aktiviti dekat pulau dayang bunting.. haihhh sakit woiiii.. nak jalan terencut-encut jugaklah. nasib baik betul bawak kete auto. cube manual. nak tekan clutch lagi.. hoho tak larat..

Da borak-borak semua.. kiteorang pun mintak diri dulu nak pergi ke cable car tu agak jauh jugak.. mungkin dalam 45 minit perjalanan? ha.. jalan pulak macam pergi cameron.. best tak? adoilahh... ni semua sebab wardah nak naik sangat cable car.. ikutkan aje.. dalam pukul 10 lebih macam tu we all sampai.. tak ramai lagi.. sekali pergi kaunter.. dia buat announcement angin kuat so tak bole nak naik cable car. bila dah ok baru dia bagi naik. lepas 15 minit dok round area cable car tuh.. amik gambar beli souvenirs untuk kawan-kawan.. lepas tu duduk dekat 1 pondok ni.. kebetulan wardah nak pergi toilet. sekali wardah dah sudah tu wardah call IF nak tanya kat mana.. dia nampak IF dekat pondok terus dia datang.. lepak kejap je dalam 2 3 minit, sopi dah panggil suruh beratur untuk beli tiket cable car. Masa beratur tuh, sopi tanya nak beli aiskrim tak.. IF tak nak.. wardah nak and masa dia nak amik duet dalam beg baru dia perasan yang hp dia tak ada.. dia cari-cari tak ada.. sempatlah jugak dia pergi pondok tadi cari hp dia.. tak jumpa.. IF call hp dia dah off.. maksudnya apa? HP tu orang lain dah amik lah kan? takkan tetiba mati pulak? sekejap je.. tak sampai berapa minit hp tu dah hilang and off. pandai sungguh orang zaman sekarang nih.. sedih wardah.. tak ada mood dia nak berjalan-jalan amik gambar.





Naik cable car rm15 satu kepala. IF tak suka naik cable car sebab IF gayat. haha asiklah terfikir bukan-bukan. kalau lah.. kalau lah.. huhu masalah betul.. daripada cable car nampaklah 1 langkawi ni kononnya. dapat tengok telaga tujuh yang dah kering.. haha nasib baik tak pergi, kalau tak mesti penat je. nampaklah pulau.. dan nampak jambatan gantung.. antara 10 jambatan paling bahaya dalam dunia.. tapi jambatan tu di tutup atas sebab penyelenggaraan katenye.. entah betul entah tidak. hehehe
lepas je abis pusing cable car bagai tuh.. we all pergi pasir hitam.. nak tengok je pasir tu betul ke hitam.. aah memang hitam pun tapi atas jela.. bila di korek-korek dia jadi pasir biasa kat pantai tuh.. jalan-jalan kejap amik gambar, IF sempatlah beli 1 baju kat situ. buat kenangan. lepas tuh nak pergi ayer hangat pulak..
saja nak rendam kaki yang sakit nih.. serious sakit giloosss.. tapi tetappp pergi sane sini..



*Baju IF macam tutu dress daripada calaisyah tapi tak serupa..
best selesa tp kalau tak kena gaya memang nampak macam pregnent.. heheh

Kalau dekat langkawi ni, bila abis waktu lunch maknanya tak ada lagi makanan.. hoii sedih.. kiteorang terlambat dalam pukul 3 macam tu, banyak kedai dah abis dah makanan.. kecian we all.. dah lapa nih sempat jugak pergi singgah kilang gamat nusantara.. beli minyak sikit lepas tu terus balik kedawang. hehe...
balik kedawang tu balik motel lah.. sebelum balik mesti kena cari tempat makan. ha.. sekali jumpa dekat tepi jalan. pun bole.. tengok lauk dia banyak lagi so iolls cepat-cepatlah rembat. lapa tahap nak nangis dah ni. haha over.. murah jugak kedai tu.. tapi tak ingat nama kedai. nanti IF tanya sopi.. balik motel, makan sampai kenyang.. solat lepas tu terbongkang.. kejap je.. lepas asar dalam pukul 6.30 keluar lagi.. hehe pergi pantai chenang pulak.. yang ni bukan pergi buat ape pun.. saje jalan-jalan tengok pantai.. yelah esoknya dah nak balik.. so teringinlah tengok cantiknya pantai chenang tuh..



Pukul berapa entah.. dalam 8.30 kot baru balik sebab sebelum jalan-jalan pantai we all pergi melantak lagi.. hehe dekat mcd tanpa cukai.. fuhhh heaven giler makan tanpa cukai.. lepas tu baru berjimba tepi pantai.. daripada terang sampai ke gelap.. cantik sungguh ciptaan Allah. sampai motel dalam pukul 9 lebih.. tengok tv lepas tu tidurrrr... hehe

Day 4,

Pada 18/1/14
We all bangun pagi sebab sopi nak pergi keja.. sopi tidur motel dengan IF and wardah so senang bawak kiteorang pergi jalan-jalan. dah cuti semalam, so arini sopi kena keja. bangun pagi tengok dia pegi keja lepas tuh mandi siap-siap beg nak balik. tiket kapal terbang pukul 5.45 petang tapi siap pukul 9 pagi. apekah?? memanglah tak tau nak buat apa. sebab we all check out pun pukul 12 tengahari. dah pakai tudung dah tapi baring lagi kat katil. yang si wardah dok belek notebook dia cari hp baru. hehe asiklah berzikir kat telinga IF suruh sponsor dia hp.. ingat iolls ni cop duet ape.. haha Lepas je 12 tengahari, we all pergi pantai chenang jap beli coklat lagi.. hehe kawan kirim. lepas tu singgah makan dekat pantai chenang.. memang sedap + banyak lauk + MAHAL BAQQQ HANGGGG
Ayam + nasi + telur masin kot + air fresh oren = rm9.50
wardah punya nasi + ulam + sup sayur + kerabu mangga +air bali = rm13
terbaiikkkk.. semua pelanggan yang datang we all tengokk je.. semua bawak family. dalam 7 ke 8 orang macam tu.. so nampak lauk itu ini rasa macam teruja lah.. sekali kauu bila bayar mau menangis.. ade 1 pinggan tu bole cecah sampai rm 40... jadi kalau uolls nak makan, jangan makan dekat pantai chenang. mahal gilosss.. tak mampu iolls yang bajet kecik nih..

Lepas makan, we all pergi point view yang bole tengok 1 langkawi tuh.. eh yeke? tapi we all duduk kat parking je. sebab kaki kan sakit. hehe konon-konon macam nampaklah.. tapi nampak jugaklah sebab tempat tu tinggi. Lepas duduk 10 minit amik gambar.. terus gerak ke airport. masa ni dah call abang kereta sewa, tapi dia cakap tungguh sat tunggu sat. sekali IF mesej bos dia encik ismail tu terus abang yang handle kete IF nih call tanya kat mana. manalah IF tak seriau. Masa tu dah pukul 4 petang. nak naik flight pukul 5.45 petang. walaupun lambat lagi, kite kan kena check in 1 jam awal.. bila dah bagi kereta tuh, IF cakaplah best bawak kete viva tuh.. jimat minyak. yang abang gatal ni senyum je. dia bagi balik deposit IF tuh then terus bla. tetiba IF dapat mesej daripada dia.. dia cakap kalau senang-senang call or mesej jela dia.. Ya Allah orang tua ni.. tak kuasa betul.. terus IF tak layan.. balik macam biasa.. delay 15 minit. sampai LCCT dalam pukul 7.15 minit. terus keluar cari bus ke TBS.. RM 8 je.. sampai ke TBS dalam pukul 8 lebih macam tu. sekejap sangat. daripada BTS naik LRT balik ke ampang..

Dekat langkawi IF sempat pergi island hopping (pusing 3 pulau) + pekan kuah + dataran helang + HIG (Hj Ismail Group) + pasar malam kedawang + cable car + pasir hitam + kolam air panas (ayer hangat)+ kilang gamat nusantara + pantai chenang + duty free mall + point view langkawi + lalu depan beras terbakar (ehee tak masuk..sebab ramai orang)




* nota kaki untuk uolls -
1) kalau pergi langkawi tak bawak banyak brg.. klau naik flight tak payah pakai luggage..bawak naik same je beg tu sebab masa IF pegi tuh, berat beg hanya 5 kg.. bayar untuk 15kg.. rugi.. balik pun same.. tak sampai pun 15 kg..
2) motel cari yang center dekat dengan kuah, chenang supaya senang nak buat aktiviti.. jangan amik betul-betul dekat dengan pantai chenang sebab jelan sesak oiii..banyak beno kete..
3)cari kereta sewa yang kecik je kalau 3 orang.. muat je viva tuh.. tak payah acah acah kaya bawak bmw ke mercdz.. minyak kete isi sikit dulu. tak cukup baru isi lain. takut membazir.
4) makan area kedawang mana-mana tepi jalan ade je kedai makan. tapi elakkan makan dekat pantai chenang.. mahal baq hang
5) island hopping macam yang IF dah cakap dekat entry sebelum ni, tak payah santik-santik sebab nanti basah jugak..tak payah bawak beg tangan segala. sila bawak cermin mata dan air mineral.
6) cable car, angin kuat kat atas.. lebih 700 meter tinggi tuh.. bawak baju sejuk.. dan extra carefull dengan penyeluk saku.. sila jaga barang berharga..

Esoknya.. terus pergi hospital macam biasa jaga ibu..
konon-konon nak bawak balik calon menantu untuk ibu tapi dapat bawak balik coklat duty free pun jadilah dari takde bawak apa-apa.. hehehe...
Asalamualaikum

With Love,

Diari Langkawi Part 2

Asalamualaikum..
hai iolls nak sambung diari langkawi part by part.. 
takut terlupa uolls.. haha.. panjang berjela.. sanggup nak baca??

Day 2

Pada 16/1/2014 
Bangun pagi.. sakit kepala.. penat punya pasal. Wardah sibuk kejutkan IF suruh solat subuh. hehe mamai katekan.. tido balik. sekali wardah switch on lampu terus bangun pergi toilet. subuh gajah.. Allah, malu iolls..hihi.. bila dah siap-siap tu, IF dengan wardah pergi cari kedai makan sekitar motel kami dengan berjalan kaki saja, agak jauh jugaklah berjalan kaki. huuuu mase tu tak dapat kete sewa lagi. so gigih la ni berjalan kaki mencari sesuap nasi.. ecehhh

Dalam pukul 8.30 sampai bilik motel then terus makan sebab pukul 9 pagi nak gerak buat aktiviti island hopping. we all kena bayar rm 35 satu kepala. ade agensi yang amik customer dari hotel ke hotel. IF dengan wardah just tunggu dekat lobi bawah.. dalam 10 minit jugak menunggu pak cik agensi tu datang amik kiteorang. Lepas je sampai kiteorang dapat sticker agensi and then bergerak ke jeti untuk naik bot. mase ni barulah nampak ramainya manusia yang bercuti kat langkawi ni. Ingatkan pergi masa bukan cuti sekolah tak akan jumpa ramai manusia rupanya tak... mak-mak budak and the geng pun nak bercuti jugak.. hampeh betul..  menunggu untuk naik bot tu tak lama pun. dalam 5 minit tunggu dia dah panggil naik. pakailah jaket oren yang dia bagi untuk keselamatan.

Bermulalah perjalanan ke 3 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa dan juga Pulau beras basah.. banyak gambar yang wardah amik dekat pulau beras basah tapi sayangnya HP wardah hilang pada hari ke 3.. masa tu sedih sangat sebab banyak gambar we all main pasir.. tak sempat nak tunjuk dekat sapa-sapa kegembiraan tu..  masa dekat Pulau dayang bunting tu perghhh penat tak bole bla sebab tangga dia tinggi dan lebar.. dah naik kena jalan sikit naik tangga lagi.. jalan lagi.. ha mau tak semput.. dah naik tangga turun lagi tangga.. adoi.. memang adventure sungguh pagi tu. dia bagi masa 1 jam je nak tengok sekeliling pulau tu.. tapi IF rase naik turun tangga je dah berapa minit. muahahah
Masa dah nampak tasik dayang bunting tu.. Subahanaallah! cantik sungguh. turun tangga sambil tengok tasik, hati-hati dengan monyet dan kera yang ade tau! wardah nampak je basikal air terus ajak IF naik. bayar rm30 untuk 30 minit. so we all divide by two la ye. 30 minit berkayuh sekeliling tasik tuh.. tetiba dengar orang cakap 'BALIK' terus beriya kiteorang kayuh ni. tetiba angin pulak kuat. mau tercabut kaki. masa nak keluar daripada tasik tu kan nak naik tangga turun tangga kan.. seriously give up! aku heboh dok berkayuh beriya tadi.. lepas tuh nak naik tangga turun tangga.. ALLAH, kejang kaki iolls. hehe

*Nasihat IF sesape nak pergi island hopping tak payah pakai santik-santik sangat sebab uolls akan basah dalam bot nanti. drebar bot tu saje akan main brek-brek bagi air masuk bot. hehe best! nak pakai selipar boleh tapi selipar yang di yakini tak akan putus lah ye.. Masa IF pergi island hopping IF pakai kasut.. senang nak gerak. Wardah pulak pakai selipar je.. licin sikit lah tapi still bole pakai. Dan uolls tak payah lah nak bawah handbeg bagai.. IF bawak beg sebab nak bawak power bank + letak hp + dengan purse kot. tak ingat.. tapi kena hati-hati lah sebab dalam bot kan basah.. so jaga barang-barang uolls.. lepas tu dah sampai tasik dayang bunting.. banyak pulak kera and monyet.. jenis lantak main tarik je ape yang ade dekat tangan orang. so be carefull... silalah bawak cermin mata hitam.. panas woiii kat pulau beras basah tuh.. mau berpinar mata menahan terik.




Lepas pergi Pulau Dayang Bunting, we all gerak ke pulau seterusnya.. tak berapa jauh mungkin sebab drebar tu bawak laju kot. mau terloncat bila dia lawan ombak.. hehe tapi best! kiteorang tengok macam bukan pulau.. tetiba ehhh nampak burung helang.. banyak! lepas tuh drebar tu bagi makan roti kot.. ha berderu burung helang datang.. bila tanya kat drebar tu  'abang, ni pulau ape pulak ni' abang tu selamba je jawab 'ni pulau singa' lepas tuh terus bergosip dengan wardah. dah kenapa pulau singa pulak.. yang ade burung helang. tak ade kena mengena.. hahah..

Last sekali, pulau beras basah, we all turun daripada bot dan diberi masa 1 jam saja untuk menikmati keindahan pantai tuh.. IF tak mandi pantai sebabnya elergic.. hehehe elergic pada kehitaman kulit. dah la memang hitam.. pastu sesaje nak menghitamkan lagi kulit.. memang tak la.. kalau wardah tu ye.. dia tak pe sebab dia memang sedia putih. so kalau nak gelap sikit takpe.. iolls dok bawah pokok tengok je dia main air.. pastu main pasir.. haih.. kenangan terindah yang tak dapat nak di ulang lagi.. gambar tu jela kenangan we all.. tapi dah hilang. anggap jela ade hikmahnya.. huhu

selepas 2 jam 1/2 pusing 3 pulau.. we all balik ke motel.. memang berpasir wa cakap lu.. dah name pun pegi pantai + pulau.. mau tak berpasir.. berebut-rebut nak mandi nak bersihkan badan. 
Lepas dah bersih semua.. IF mesej orang kete sewa tu. dia kata dia akan datang ke motel dan kena cas rm20. IF pun tak kisahlah.. janji ade kereta nak bergerak. bila dia dah datang tuh.. IF pakai ala kadar jela.. ajak wardah sekali turun. tengok dia suruh naik kereta dia, amik kereta dekat pekan kuah. wardah siap bawak mug lagi nak isi air panas.. haha sekali kena naik kereta pegi kuah..

IF sewa kereta viva auto.. senang nak gerak.. sebab langkawi boleh tahan banyak jugak kereta.. sebab tu tak berani bawak manual.. hehe padahal dah lama tak bawak manual. macam yang IF cakap harganya rm60 1 hari. IF sewa dekat company Langkawi Travellers - 0133814159 En. Ismail (owner) condition kereta ok.. tiptop.. tapi service.. orang yang handle kereta sewa tu hampeh. gatal! tapi bukan owner lah.. staff dia.. aduh! rasa macam nak maki je. tapi sabar jela.. elakkan berurusan dengan staff dia bernama aniq. super gatal punya orang.. huuu elakkan jadi mangsa dia.  dah dapat kereta.. IF terus pergi stesen minyak untuk isi minyak walaupun ada 2 bar lagi.. tak pe sebab nak pusing langkawi katekan..

Balik tuh.. IF dengan wardah rehat kejap sementara tungguh sopi datang. dia baru abis keja mase tuh.. so bila sopi dah datang baru we all discuss nak pergi mana. lepas asar baru gerak ke pekan kuah balik.. huuu dari kedawang ke pekan kuah dalam 20 ke 30 minit jugak sebab pekan katenyee.. banyaklah kereta and trafic light.. we all nak pergi Dataran Helang! yeahhh.. sekali pusing 2 3 kali.. tak ada parking.. huhu terpaksa masuk tempat parking yang berbayar.. takpe rm 0.50 jer.. dekat Dataran Helang tuh tak lama pun sebab saje nak bawak wardah jalan.. amik gambar. dalam 20 minit lepas tu kiteorang gerak pergi ke HJ ISMAIL GROUP.. ahahaha ni part yang paling best sebab duet mengalir macam air.. haihh lah.. untung jadi anak hj ismail nih sebab bulan-bulan masuk je duet. Dah ade mall lepas tuh ade hotel sendiri haih kaye betul...

Balik dari HIG, sopi nak pergi pasar malam dekat dengan rumah dia. IF pun tak kisah. wardah pulak dah lapar sangat.. beli lah nasi bungkus rm1 nasi lemak dengan ayam. KL ado?? takde weiii.. langkawi ade.. banyak pulak tuh.. sampai motel dah pukul 9.30 malam.. rest makan-makan tengok tv lepas solat tuh terus tidur.. sebab pagi esok nak pergi cable car and banyak lagi tempat.. 



Bersambung day 3
Asalamualaikum
With Love,

Saturday, 25 January 2014

Diari Langkawi Part 1

Asalamualaikum.. haii uolls..
thanx pada yang mendoakan untuk ibu IF.. alhamdulillah hadiah yang terbaik untuk kami sekeluarga..
Dalam pada masa ibu sakit ni, IF sempat pergi ke langkawi bercuti dengan kawan-kawan..
Allah jangan marahkan IF ye.. jangan salah faham..
tiket flight, bilik dan kereta sewa semuanya siap sudah di booking sebelum ibu sakit lagi..
kira ini adalah rancangan awal yang tanpa di duga..
Ibu jugak yang pakse pergi je.. percaya pada Allah yang ibu akan sihat. so nak tak nak IF pergilah jugak walaupun berat hati..

IF cite sikit ye.. *padahal panjang lebar.. haha
bila entah IF dengan kawan baik IF amik keputusan nak pergi menenangkan fikiran..
oh yeah.. since IF cakap yang last sem adalah sem paling teruk.. so we all decide nak pergi pantai
dan tenangkan fikiran.. so langkawi adalah pilihan kami..
mula-mula nak cari hotel, chalet, motel memang susah sebabnya kami nak percutian bajet saja..

Belogwalking pun bermula.. hari demi hari we all buat research..
nak pergi hari apa.. naik apa.. nanti dah sampai nak pegi hotel macam mana..
hotel mana nak duduk .. aktiviti apa nak buat.. macam-macam we all fikir and discuss..
Semua urusan booking dan membayar adelah tanggungjawab IF.. wardah hulur duet je..
untungnyalah jadi dia..

ok percutian bajet yang we all pergi ni tak adelah bajet sangat.. haha biase je. mahal jugak
jom kite kira.. berapa ringgit yang dah di keluarkan oleh kami..

tiket flight - RM 150 per person return tiket (airasia)
ERL -LCCT = RM10.80
motel - RM70 per night (pergi 4 hari 3 malam) (standard room) + cas ambil di airport RM20
kereta sewa - RM60 per day (viva auto untuk 2 hari) + cas penghantaran kereta RM20
minyak kereta - RM20
Island Hopping - RM35 per person (pusing 3 pulau = 2 jam 1/2)
Cable car - RM15 per person
basikal air - RM30 ( 2 person) so bahagi dua = RM15
makan - RM30 (untuk 4 hari 3 malam)

So total yang perlu di bayar berapa? IF hanya perlu keluarkan duet untuk tiket flight + kereta sewa separuh + minyak kereta separuh + island hopping + cable car + basikal air separuh + makan
= RM305.80 *tak termasuk shoping dekat HJ ISMAIL GROUP
murah tak? bagi IF murah lah jugakkan.. sebab kongsi dengan 2 orang je...
 kalau kira wardah punya belanja lagi mahal sebab dia dah keja.. so dia yang bayar duet bilik motel
dan juga lebihan kereta sewa..

Siapa yang pandu kereta tu? haruslah iolls sebab iolls je yang bole drive.. haha
Wardah? bole jugak tapi sangat jarang drive.. jangan letakkan harapan yang tinggi..
dah la langkawi tu banyak tempat curam dan boleh tahan banyak jugak kereta keluar masuk..

Day 1

Pada 15/1/2014..
IF masih di hospital jaga ibu sampai tengahari, berat hati nak tinggalkan ibu. mau menangis meleleh air mata tapi ibu cakap takpe.. angah along ade.. nanti diaorang teman ibu.. so terpaksa akur.. tak nak membazir masa IF pun gerak balik rumah.. kemas baju time tu padahal nak gerak pergi LCCT pukul 4 petang..
takpe.. IF memang campak je baju yang ada masuk dalam beg.. heheh.. pukul 4 petang dah naik LRT ampang ke Bandar Tasik Selatan dengan wardah and beli tiket ERL untuk gerak ke LCCT.. Sampai LCCT dalam pukul 5.30 petang.. Allah, cepat pulak.. padahal flight pukul 9.15 malam.. cepat sangat pun masalah sebab we all nak lepak mane kan.. bila dah jalan-jalan.. terasa lapa pulak.. pegilah makan kejap dekat MaryBrown.. duduk lepak kat sana sampai pukul 7.30 malam..haha over sangat!
Pastu pusing-pusing LCCT lagi.. amik gambar bagai.. tunggu dekat depan kaunter check in beg.. tengok tak bukak-bukak.. siap bole call ibu dulu.. bila sedar dah pukul 8.30 malam kaunter tu tak bukak jugak..
we all decide nak masuk and tengok.. sekali bukak tiket balik tengok dia tulis kena check in luggage before 45 minutes departure.. menggelupur tengok jam dah lambat.. bila tanya dekat kaunter.. orang tu pun terkejut kanapa we all lambat sangat anta beg.. hahah berlari masuk zon berlepas tu..

Memang kelakar..so tunggu dalam pukul 9.30 baru boleh naik kapal terbang.. we all delay 20 minutes..
Wardah tak pernah naik kapal terbang.. so IF ajar lah macam mana nak naik.. apa yang akan jadi lepas naik so dia pun teruja lah.. haih lah kawan IF tuh.. hehehe...sampai langkawi dalam pukul 11 malam..
pihak motel yang amik we all kat airport so kenalah bayar RM20 cas pengambilan..
Dah siap daftar bilik semua.. masuk je bilik... fuyooooooo.. tak sangka bilik RM70 pun camni.. and selesa.. IF terus call junior IF yang belajar kat KUIM dulu.. dia duduk langkawi.. Sopi terus merempit datang motel kami.. hihi rupanya dekat sangat dengan rumah dia.. kira IF duduk dekat kampung dia lah ni..
malam tu tidur dengan nyenyak sekali.. hehehe




bersambung day 2..

Asalamualaikum

With Love,

Thursday, 23 January 2014

Ibu

Asalamualaikum..
hai uolls.. hari ni iolls update belog and publish entry di hospital ampang..
Ibu iolls masuk hospital dan di beri rawatan khas sebab doctor before nih bagi salah ubat..
patutnya ibu tak jadi teruk kalau makan ubat yang doktor tu bagi tapiiii
sesuatu yang di luar jangkaan telah berlaku..

Pada 31/12/2013 IF dan ibu pergi check up dekat hospital ampang..
we all curious kenapa ibu batuk-batuk dan paru-paru ibu macam tak sihat..
then bila buat x-ray bagai.. doktor syak ibu terkena jangkitan kuman yang serius..
bila dah macam tu.. doktor yang bertugas semua kelam kabut sebab ibu punya paru-paru
nampak tak 'cantik' bila tengok kat screen komputer..

Lama sangat tunggu daripada pagi sampai ke petang...
paling lama setakat ni menunggu untuk dapat kan result..
lepas je ibu dah bagi sample kahak + darah semua.. ibu memang totally penat..
sampai kena pakai wheelchair.. Allah rasanya macam ibu terlalu penat sampai tak larat jalan
dalam pukul 5 petang baru setel semuanya.. dan amik ubat..

So malam tu.. ibu start makan ubat yang diberi oleh doktor..
dia dah start muntah-muntah.. esoknya pun still muntah-muntah..
jadi bila kerap sangat muntah.. kami adik beradik bawak ibu ke emergency hospital ampang
untuk check samada ibu ok or tak.. masa tu dalam pukul 1.50 a.m kami adik beradik ( IF and angah + ayah) pergi hospital. Allah.. sayu sungguh hati bila tengok ibu tersiksa nak muntah tapi tak ada ape yang tinggal
tepat jam 4.15 pagi baru ibu dapat masuk jumpa doc..
betapa lamanya kami menunggu.. sedih.. sebab sepanjang masa tu ibu terseksa + penat +sakit..
then doctor amik lagi darah ibu untuk check pastu ibu terus kena masuk ward zon kuning.. pra kritikal..

Masa tu ibu masuk air.. jam 8 pagi baru keluar hospital.. bayangkan betapa penatnya kami..
tapi takpelah.. demi ibu..
lepas tu balik rumah macam biasa.. ibu still makan ubat yang doctor bagi.. and effect still muntah-muntah..
cirit birit and berat badan turun terlalu mendadak.. sampai jalan pergi mana-mana kena papah..
huuu sedih.. sampai 1 tahap.. IF tak tahan tengok ibu sakit.. IF tanya nak pergi hospital tak..
ibu cakap nak.. maknanya memang dia tak larat..Ibu sendiri cakap nak pergi malam tu
IF memang penat 1 ari tu sebab bekejar sana sini.. malam tu hantar ibu jugak kat emegency hospital ampang
and cakap ibu dah tak larat sangat so nak mintak wheelchair.. sekali dia bagi katil
terus masuk zon kuning pra kritikal..

Ibu terus kena masuk air.. daripada pukul 9 malam.. sampai pukul 3 pagi baru nurse panggil
sebab ibu kena tahan dekat wad tingkat 6.. so nak uruskan kemasukkan ibu dalam wad pemerhatian..
kenalah pakai mask dan bilik pun agak hujung sekali..  ni semua sebab doctor bagi ubat yang tak sesuai
dengan badan ibu.. jadi diaorang nak monitor and check balik keadaan ibu.. sampai betul-betul ok
daripada 12/1/14 masuk wad, sampai sekarang ni.. entry ni di publishkan.. ibu masih lagi dalam wad pemerhatian.. IF lambat masuk sem baru pun sebab ibu tak sihat...

Keadaan ibu masih lagi tak stabil..
IF minta jasa baik uolls.. mane tau antara uolls yang bernasib baik.. doa yang uolls kirim untuk ibu IF
di makbulkan oleh Allah.. sungguh itu adalah hadiah terbaik untuk IF sekeluarga..
Oh yeah nak bagitau.. result IF untuk sem lepas.. IF dean list lagi..
Alhamdulillah.. berkat doa ibu ayah dan juga kerjasama orang sekeliling..
tanpa doa uolls.. IF tak merasa ni semua.. dan ini hadiah untuk ibu..
bergenang air mata ibu bila tau IF dean list untuk sem lepas.. Allah terharu sangat masa tu..
siap sujud syukur.. sebab sem lepas adalah sem paling teruk IF penah rasa..

Itu jela setakat ni nak cerita...
sebab tu IF senyap seketika..
bukan bermakna IF terus diam daripada belog..
IF hanya perlukan sedikit masa untuk buat perkara yang lebih penting
iaitu JAGA IBU..
Asalamualaikum

With Love,

There was an error in this gadget