Saturday 25 January 2014

Diari Langkawi Part 1

Asalamualaikum.. haii uolls..
thanx pada yang mendoakan untuk ibu IF.. alhamdulillah hadiah yang terbaik untuk kami sekeluarga..
Dalam pada masa ibu sakit ni, IF sempat pergi ke langkawi bercuti dengan kawan-kawan..
Allah jangan marahkan IF ye.. jangan salah faham..
tiket flight, bilik dan kereta sewa semuanya siap sudah di booking sebelum ibu sakit lagi..
kira ini adalah rancangan awal yang tanpa di duga..
Ibu jugak yang pakse pergi je.. percaya pada Allah yang ibu akan sihat. so nak tak nak IF pergilah jugak walaupun berat hati..

IF cite sikit ye.. *padahal panjang lebar.. haha
bila entah IF dengan kawan baik IF amik keputusan nak pergi menenangkan fikiran..
oh yeah.. since IF cakap yang last sem adalah sem paling teruk.. so we all decide nak pergi pantai
dan tenangkan fikiran.. so langkawi adalah pilihan kami..
mula-mula nak cari hotel, chalet, motel memang susah sebabnya kami nak percutian bajet saja..

Belogwalking pun bermula.. hari demi hari we all buat research..
nak pergi hari apa.. naik apa.. nanti dah sampai nak pegi hotel macam mana..
hotel mana nak duduk .. aktiviti apa nak buat.. macam-macam we all fikir and discuss..
Semua urusan booking dan membayar adelah tanggungjawab IF.. wardah hulur duet je..
untungnyalah jadi dia..

ok percutian bajet yang we all pergi ni tak adelah bajet sangat.. haha biase je. mahal jugak
jom kite kira.. berapa ringgit yang dah di keluarkan oleh kami..

tiket flight - RM 150 per person return tiket (airasia)
ERL -LCCT = RM10.80
motel - RM70 per night (pergi 4 hari 3 malam) (standard room) + cas ambil di airport RM20
kereta sewa - RM60 per day (viva auto untuk 2 hari) + cas penghantaran kereta RM20
minyak kereta - RM20
Island Hopping - RM35 per person (pusing 3 pulau = 2 jam 1/2)
Cable car - RM15 per person
basikal air - RM30 ( 2 person) so bahagi dua = RM15
makan - RM30 (untuk 4 hari 3 malam)

So total yang perlu di bayar berapa? IF hanya perlu keluarkan duet untuk tiket flight + kereta sewa separuh + minyak kereta separuh + island hopping + cable car + basikal air separuh + makan
= RM305.80 *tak termasuk shoping dekat HJ ISMAIL GROUP
murah tak? bagi IF murah lah jugakkan.. sebab kongsi dengan 2 orang je...
 kalau kira wardah punya belanja lagi mahal sebab dia dah keja.. so dia yang bayar duet bilik motel
dan juga lebihan kereta sewa..

Siapa yang pandu kereta tu? haruslah iolls sebab iolls je yang bole drive.. haha
Wardah? bole jugak tapi sangat jarang drive.. jangan letakkan harapan yang tinggi..
dah la langkawi tu banyak tempat curam dan boleh tahan banyak jugak kereta keluar masuk..

Day 1

Pada 15/1/2014..
IF masih di hospital jaga ibu sampai tengahari, berat hati nak tinggalkan ibu. mau menangis meleleh air mata tapi ibu cakap takpe.. angah along ade.. nanti diaorang teman ibu.. so terpaksa akur.. tak nak membazir masa IF pun gerak balik rumah.. kemas baju time tu padahal nak gerak pergi LCCT pukul 4 petang..
takpe.. IF memang campak je baju yang ada masuk dalam beg.. heheh.. pukul 4 petang dah naik LRT ampang ke Bandar Tasik Selatan dengan wardah and beli tiket ERL untuk gerak ke LCCT.. Sampai LCCT dalam pukul 5.30 petang.. Allah, cepat pulak.. padahal flight pukul 9.15 malam.. cepat sangat pun masalah sebab we all nak lepak mane kan.. bila dah jalan-jalan.. terasa lapa pulak.. pegilah makan kejap dekat MaryBrown.. duduk lepak kat sana sampai pukul 7.30 malam..haha over sangat!
Pastu pusing-pusing LCCT lagi.. amik gambar bagai.. tunggu dekat depan kaunter check in beg.. tengok tak bukak-bukak.. siap bole call ibu dulu.. bila sedar dah pukul 8.30 malam kaunter tu tak bukak jugak..
we all decide nak masuk and tengok.. sekali bukak tiket balik tengok dia tulis kena check in luggage before 45 minutes departure.. menggelupur tengok jam dah lambat.. bila tanya dekat kaunter.. orang tu pun terkejut kanapa we all lambat sangat anta beg.. hahah berlari masuk zon berlepas tu..

Memang kelakar..so tunggu dalam pukul 9.30 baru boleh naik kapal terbang.. we all delay 20 minutes..
Wardah tak pernah naik kapal terbang.. so IF ajar lah macam mana nak naik.. apa yang akan jadi lepas naik so dia pun teruja lah.. haih lah kawan IF tuh.. hehehe...sampai langkawi dalam pukul 11 malam..
pihak motel yang amik we all kat airport so kenalah bayar RM20 cas pengambilan..
Dah siap daftar bilik semua.. masuk je bilik... fuyooooooo.. tak sangka bilik RM70 pun camni.. and selesa.. IF terus call junior IF yang belajar kat KUIM dulu.. dia duduk langkawi.. Sopi terus merempit datang motel kami.. hihi rupanya dekat sangat dengan rumah dia.. kira IF duduk dekat kampung dia lah ni..
malam tu tidur dengan nyenyak sekali.. hehehe




bersambung day 2..

Asalamualaikum

With Love,

No comments:

Post a Comment