Sunday 26 January 2014

Diari Langkawi Part 2

Asalamualaikum..
hai iolls nak sambung diari langkawi part by part.. 
takut terlupa uolls.. haha.. panjang berjela.. sanggup nak baca??

Day 2

Pada 16/1/2014 
Bangun pagi.. sakit kepala.. penat punya pasal. Wardah sibuk kejutkan IF suruh solat subuh. hehe mamai katekan.. tido balik. sekali wardah switch on lampu terus bangun pergi toilet. subuh gajah.. Allah, malu iolls..hihi.. bila dah siap-siap tu, IF dengan wardah pergi cari kedai makan sekitar motel kami dengan berjalan kaki saja, agak jauh jugaklah berjalan kaki. huuuu mase tu tak dapat kete sewa lagi. so gigih la ni berjalan kaki mencari sesuap nasi.. ecehhh

Dalam pukul 8.30 sampai bilik motel then terus makan sebab pukul 9 pagi nak gerak buat aktiviti island hopping. we all kena bayar rm 35 satu kepala. ade agensi yang amik customer dari hotel ke hotel. IF dengan wardah just tunggu dekat lobi bawah.. dalam 10 minit jugak menunggu pak cik agensi tu datang amik kiteorang. Lepas je sampai kiteorang dapat sticker agensi and then bergerak ke jeti untuk naik bot. mase ni barulah nampak ramainya manusia yang bercuti kat langkawi ni. Ingatkan pergi masa bukan cuti sekolah tak akan jumpa ramai manusia rupanya tak... mak-mak budak and the geng pun nak bercuti jugak.. hampeh betul..  menunggu untuk naik bot tu tak lama pun. dalam 5 minit tunggu dia dah panggil naik. pakailah jaket oren yang dia bagi untuk keselamatan.

Bermulalah perjalanan ke 3 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa dan juga Pulau beras basah.. banyak gambar yang wardah amik dekat pulau beras basah tapi sayangnya HP wardah hilang pada hari ke 3.. masa tu sedih sangat sebab banyak gambar we all main pasir.. tak sempat nak tunjuk dekat sapa-sapa kegembiraan tu..  masa dekat Pulau dayang bunting tu perghhh penat tak bole bla sebab tangga dia tinggi dan lebar.. dah naik kena jalan sikit naik tangga lagi.. jalan lagi.. ha mau tak semput.. dah naik tangga turun lagi tangga.. adoi.. memang adventure sungguh pagi tu. dia bagi masa 1 jam je nak tengok sekeliling pulau tu.. tapi IF rase naik turun tangga je dah berapa minit. muahahah
Masa dah nampak tasik dayang bunting tu.. Subahanaallah! cantik sungguh. turun tangga sambil tengok tasik, hati-hati dengan monyet dan kera yang ade tau! wardah nampak je basikal air terus ajak IF naik. bayar rm30 untuk 30 minit. so we all divide by two la ye. 30 minit berkayuh sekeliling tasik tuh.. tetiba dengar orang cakap 'BALIK' terus beriya kiteorang kayuh ni. tetiba angin pulak kuat. mau tercabut kaki. masa nak keluar daripada tasik tu kan nak naik tangga turun tangga kan.. seriously give up! aku heboh dok berkayuh beriya tadi.. lepas tuh nak naik tangga turun tangga.. ALLAH, kejang kaki iolls. hehe

*Nasihat IF sesape nak pergi island hopping tak payah pakai santik-santik sangat sebab uolls akan basah dalam bot nanti. drebar bot tu saje akan main brek-brek bagi air masuk bot. hehe best! nak pakai selipar boleh tapi selipar yang di yakini tak akan putus lah ye.. Masa IF pergi island hopping IF pakai kasut.. senang nak gerak. Wardah pulak pakai selipar je.. licin sikit lah tapi still bole pakai. Dan uolls tak payah lah nak bawah handbeg bagai.. IF bawak beg sebab nak bawak power bank + letak hp + dengan purse kot. tak ingat.. tapi kena hati-hati lah sebab dalam bot kan basah.. so jaga barang-barang uolls.. lepas tu dah sampai tasik dayang bunting.. banyak pulak kera and monyet.. jenis lantak main tarik je ape yang ade dekat tangan orang. so be carefull... silalah bawak cermin mata hitam.. panas woiii kat pulau beras basah tuh.. mau berpinar mata menahan terik.




Lepas pergi Pulau Dayang Bunting, we all gerak ke pulau seterusnya.. tak berapa jauh mungkin sebab drebar tu bawak laju kot. mau terloncat bila dia lawan ombak.. hehe tapi best! kiteorang tengok macam bukan pulau.. tetiba ehhh nampak burung helang.. banyak! lepas tuh drebar tu bagi makan roti kot.. ha berderu burung helang datang.. bila tanya kat drebar tu  'abang, ni pulau ape pulak ni' abang tu selamba je jawab 'ni pulau singa' lepas tuh terus bergosip dengan wardah. dah kenapa pulau singa pulak.. yang ade burung helang. tak ade kena mengena.. hahah..

Last sekali, pulau beras basah, we all turun daripada bot dan diberi masa 1 jam saja untuk menikmati keindahan pantai tuh.. IF tak mandi pantai sebabnya elergic.. hehehe elergic pada kehitaman kulit. dah la memang hitam.. pastu sesaje nak menghitamkan lagi kulit.. memang tak la.. kalau wardah tu ye.. dia tak pe sebab dia memang sedia putih. so kalau nak gelap sikit takpe.. iolls dok bawah pokok tengok je dia main air.. pastu main pasir.. haih.. kenangan terindah yang tak dapat nak di ulang lagi.. gambar tu jela kenangan we all.. tapi dah hilang. anggap jela ade hikmahnya.. huhu

selepas 2 jam 1/2 pusing 3 pulau.. we all balik ke motel.. memang berpasir wa cakap lu.. dah name pun pegi pantai + pulau.. mau tak berpasir.. berebut-rebut nak mandi nak bersihkan badan. 
Lepas dah bersih semua.. IF mesej orang kete sewa tu. dia kata dia akan datang ke motel dan kena cas rm20. IF pun tak kisahlah.. janji ade kereta nak bergerak. bila dia dah datang tuh.. IF pakai ala kadar jela.. ajak wardah sekali turun. tengok dia suruh naik kereta dia, amik kereta dekat pekan kuah. wardah siap bawak mug lagi nak isi air panas.. haha sekali kena naik kereta pegi kuah..

IF sewa kereta viva auto.. senang nak gerak.. sebab langkawi boleh tahan banyak jugak kereta.. sebab tu tak berani bawak manual.. hehe padahal dah lama tak bawak manual. macam yang IF cakap harganya rm60 1 hari. IF sewa dekat company Langkawi Travellers - 0133814159 En. Ismail (owner) condition kereta ok.. tiptop.. tapi service.. orang yang handle kereta sewa tu hampeh. gatal! tapi bukan owner lah.. staff dia.. aduh! rasa macam nak maki je. tapi sabar jela.. elakkan berurusan dengan staff dia bernama aniq. super gatal punya orang.. huuu elakkan jadi mangsa dia.  dah dapat kereta.. IF terus pergi stesen minyak untuk isi minyak walaupun ada 2 bar lagi.. tak pe sebab nak pusing langkawi katekan..

Balik tuh.. IF dengan wardah rehat kejap sementara tungguh sopi datang. dia baru abis keja mase tuh.. so bila sopi dah datang baru we all discuss nak pergi mana. lepas asar baru gerak ke pekan kuah balik.. huuu dari kedawang ke pekan kuah dalam 20 ke 30 minit jugak sebab pekan katenyee.. banyaklah kereta and trafic light.. we all nak pergi Dataran Helang! yeahhh.. sekali pusing 2 3 kali.. tak ada parking.. huhu terpaksa masuk tempat parking yang berbayar.. takpe rm 0.50 jer.. dekat Dataran Helang tuh tak lama pun sebab saje nak bawak wardah jalan.. amik gambar. dalam 20 minit lepas tu kiteorang gerak pergi ke HJ ISMAIL GROUP.. ahahaha ni part yang paling best sebab duet mengalir macam air.. haihh lah.. untung jadi anak hj ismail nih sebab bulan-bulan masuk je duet. Dah ade mall lepas tuh ade hotel sendiri haih kaye betul...

Balik dari HIG, sopi nak pergi pasar malam dekat dengan rumah dia. IF pun tak kisah. wardah pulak dah lapar sangat.. beli lah nasi bungkus rm1 nasi lemak dengan ayam. KL ado?? takde weiii.. langkawi ade.. banyak pulak tuh.. sampai motel dah pukul 9.30 malam.. rest makan-makan tengok tv lepas solat tuh terus tidur.. sebab pagi esok nak pergi cable car and banyak lagi tempat.. 



Bersambung day 3
Asalamualaikum
With Love,

No comments:

Post a Comment