Monday 8 June 2020

After 5 Years

Bismillahirahmanirahim,

Asalamualaikum..

Selepas 5tahun blog ni senyap sunyi berhabuk. Untuk tahun 2020 ni, ai nak mula menulis balik. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri sendiri. Nak jadikan blog ni sebagai diary yang bole dijadikan kenangan masa depan.

Terlalu banyak yang jadi selama 5tahun ni. Tak tahu nak mula dari mana. Patut mula dari blog ni senyap atau teruskan cerita untuk tahun 2020 ni. Hurm. untuk peringatan diri sendiri, ai patut recap apa yang dah jadi selama 5 tahun ni.

Tahun 2015,

Adalah tahun yang manis sebab berjaya habis belajar. Dapat intern dekat Hospital Ampang dekat Jabatan Psikologi. Alhamdulilah kenangan yang manis untuk diingati sehingga kini. Perjalanan internship yang smooth dan steady. Alhamdulilah berjaya dekan lagi pada sem tu. Semuanya sebab doa ibu ayah dan orang di sekeliling yang selalu menolong ai, support ai. Akhirnya berjaya konvo cuma tak merasa la dekan semua sem tapi Alhamdulilah Allah bagi jugak merasa konvo dengan cgpa yang cantik. Kiranya kalau nak sambung master tu, boleh sangatlah tanpa ada bantuan lain pun.

Tahun 2016,

Tahun yang mencabar sebab da habis belajar nak kena cari keje pulak. Alahai, pergi mana-mana interview semua nak yang ada pengalaman at least setahun dua. Macam mana nak ada pengalaman kalau dah name pun freshie kan. Baru keluar oven pulak tu. Memang susah jugaklah. Tapi sebab doa ibu ayah jugaklah, ai dapat kerja dekat satu syarikat kewangan yang boleh tahan well establish. Bermulah kehidupan yang baru sebagai pekerja syarikat swasta. Untuk tahun yang pertama ni sangat mencabar sebab nak menyesuaikan diri dengan kerja, keluarga dan kawan-kawan. Ai ada kawan yang memang rapat dari kolej. Ai pernah cite pasal diaorg ni dulu tapi ai decided to delete all about them. huhu.. So pada tahun ni ai baru tahu siapa kawan siapa lawan. Mungkin salah ai lah sebab tak boleh nak bahagikan masa dengan kerja, keluarga, kawan-kawan bahkan untuk diri sendiri.

Yelah, baru sangat kerja. Masuk dalam syarikat kewangan pulak yang selalunya bermain dengan nombor dan stress. Ai abaikan orang di sekeliling ai. Ruginya, sampai ai putus kawan. Tapi tak apelah, ai anggap rezeki ai sampai situ je. Itu adalah penutup 2016 ai.

Tahun 2017,

Permulaan yang baik untuk ai kembangkan bakat ai dan ai rasa inilah masanya untuk ai buat yang terbaik untuk belajar benda baru. Alhamdulilah tahun yang baik untuk ai walaupun stress dengan kerja yang banyak, selalu demam-demam mungkin sebab stress dengan keadaan sekeliling tapi tahun ini permulaan yang baik. Bermulanya perjalanan karier ai dalam unit baru dan task baru. Bos ai percaya dengan potensi yang ai ada. Ai bersyukur sangat. And tahun ini bermulanya kisah cinta ai dengan seseorang yang sangat istimewa. Ai kenal dari kawan ai. Dia seorang yang sopan, bercakap dengan nada yang lembut, penyabar, penuh dengan emosi. At first ai tak ada rasa apa-apa dengan dia, Anggap dia biasa saja. Lama-lama perasaan sayang tu hadir. Ecewah.. ye, sayanglah kat dia. Lepas kenal beberapa bulan, ai decided to bring him home. Jumpa ibu ayah, Alhamdulilah semuanya ok. Terima dia seadaanya. Perjalanan kisah cinta kami berjalan dengan lancar.

Tahun 2018,

Tahun yang sangat baik pada ai sebab this year for the first time, ai dapat bonus. Alhamdulilah rezeki yang Allah bagi ni. Sebab, ai tak sangka yang ai akan dapat sebanyak ini. Ai dapat bonus beberapa bulan dan itu adalah yang terbaik ai penah dapat. Alhamdulilah rezeki betul masa ni. Da buat kira-kira untuk majlis kawin yang akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Kami putus di pertengahan jalan. Ai anggap dia bukan jodoh ai. Puncanya salah paham dan si dia ada kawan dengan orang lain. Apa jadi dengan barang-barang yang dah dibeli? haha simpan dalam stor sajelah.

Tahun 2019,

Tahun yang mencabar untuk ai sebabnya ai dah tukar bos dan juga dapat task baru. At first ai yakin ai boleh buat. Ai mampu hadap dengan toxic people. Tapi ai salah, ai kena tindas teruk. setahun ai struggle untuk bangun. Dalam pada ai selesa tahun-tahun sebelumnya, ai lupa ada yang memerhati dan tunggu untuk jatuhkan ai. Allahuakbar, semoga Allah beri keampunan pada mereka yang aniaya ai masa ni. To be honest, ai betul-betul jatuh terduduk. Dengan masalah pribadi tambah dengan masalah tempat kerja lagi. Sangat-sangat mencabar. Alhamdulilah, ai masih dapat bonus untuk tahun lepas sebab ai still perform that time. Tapi apa pun jadi ai terpaksa jugak hadap. Ai jatuh, nangis, ai bangun balik and then jatuh lagi. Ai memang nak give up sebab susahnya nak bertahan dengan toxic people. Tapi memikirkan ibu ayah dekat rumah, i survive. And this year, kawan baik ai dekat kolej kawin. Wada kawin bulan 8. Barang-barang kawin ai, semua ai bagi dia. Haha buat pekasam dalam stor pun buat apa kan. Kawan ai mira pun kawin this year. Alhamdulilah, dua-dua wedding ai jadi pembantu diaorang. Happy tengok kawan-kawan ai bahagia. Alhamdulilah for both of you.

Tahun 2020

Well because of the year 2019 was a bad year for me.. you guys can predict that my bonus not really good like previous year. But still Alhamdulilah dengan rezeki yang Allah bagi pada ai. at least ai dapat. And this year quite different from other year. Covid 19 ubah  norma untuk seluruh dunia. ai start work from home for 3 weeks and then, ai kena work from office sebab task yang ai pegang ni a bit crucial. Urgent, and i need to process immediately. Oh yeah, wada dah selamat bersalin. Alhamdulilah. Cuma mira je belum ada rezeki lagi. Harapnya Mira tak kecik hati wada ada anak cepat. Semoga mira jugak diberi rezeki punya anak-anak yang soleh dan soleha. In shaa Allah. amin.

Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi setakat ni jelah dulu untuk diari pertama ai. In Shaa Allah, semoga Allah bagi ai idea lagi untuk menulis dekat blog ni.

Asalamualaikum.



No comments:

Post a Comment