Saturday 4 May 2013

Kek Pisang

Asalamulaikum..
haii uolls jangan lupa jawab salam tu..
macam mana hari ni?
dah siap sedia untuk mengundi? haaa kau!
semangat gila ni lepas buat analisis..
hahahah.. pasti ini kalilah!
jangan takut pada perubahan...

Ok.. kita bukan nak cite pasal mengundi tapi nak cite...
pasal?? opkos la kek pisang.. dah agak kan?
sebab tajuk entry je dah tau.. hihi
ok2 gini.. IF nak bagitau uolls yang iolls belajar buat kek pisang..
haaa.. kau ade? IF dapat resepi dari kawan kat luar negara
padahal belambak resipi kek pisang kat internet..
dok mintak jugak kat kawan ni.. sian dia haha

Bukan paksa pun actly..
ni sebab kawan IF post entry yang dia buat kek pisang versi muffin..
ko boleh hadap je tanpa rase terliur??
homaiii.. memang tak boleee! terus mintak resipi..
hahaha nak tau bahan2nya?

Jom check it out! (copy je dari belog kawan IF tu)


Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah. (saya guna Gas 4).
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.


Lepas je dah gaul tu IF masukkan bahan tadi dalam loyang yang dah disapu dengan margerin..
masukkan dalam oven untuk dibakar selama 15 minit.. hmm ada yang cakap buat 30 minit atau 45 minit tapi IF pilih hanya 15 minit.. mungkin sebab oven lain2 jadi panasnya pun lain2 lah kot.. haha

After 15 minutes IF pun keluarkan kek pisang tadi..
cantik dan bau wangi.. rasa macam nak auuummm! hihi tak sabar nak makan..
mula2 buat agak keras sikit jadi fikir punya fikir
rupanya telur tak cukup kembang...
jadi IF buat yang second tu.. blend bahan campuran telur tu
bagi kembang supaya kek jadi lembut.. *agaknyelah.. hahaha




* kesemua bahan mestilah mencukupi ye..



*abaikan bahan yang tak diperlukan




* mase nih kek dah siap






* lepas tengok kek macam dah sejuk.. terus ngap!
aummm sedappp.. ahahahah


Nampak macam tak sedap kan tapi sebenarnye bangga iolls
dapat buat kek pisang.. hahaha
mesti mak mertua sayang.. *dah kenapa ngan mak mertua
tq tu kak nur.. hihi i did it!
ok uolls tu je.. feel free to drop ur comment!
Asalamualaikum


With Love,




Wednesday 1 May 2013

Perhatian Kepada Yang Tak Reti Memasak!

Asalamualaikum.. 
hye uoolls..
ha jangan lupa jawab salam..
tajuk sangatlah poyooo..
hahaha tajuk tu tuju kepada diri sendiri sebenarnya..
haha dasarrr..

Ni IF nak cite nih..
pasal masak memasak..
haha ok untuk pengetahuan uolls
Iolls dah nak dekat seminggu duduk kat rumah Ampang
homaigooodd rasa dia macam tak nak balik U dah..
tapi dah duduk rumah pun malas nak update belog..
boleh macam tu??
hihi

Sejak kebelakangan ni..
ibu IF.. dia selalu sakit2..
tak lalu nak makan..
walaupun dia masak hari2 *IF tak tolong pun hanya tolong makan saje
dia tak nak makan masakan dia sendiri..
aduh.. 
IF tengah sibuk dalam bilik dok analisis politik
oh yea ni bukan saje2 nak analisis ok..
nanti akan ada discussion dalam kelas
bukan untuk menyokong mana2 parti tetapiii..
bagaimana kita nak kenal lenggok seorang penipu..
kahkahkah.. 

So semalam ibu dah start mengadu tak ada selera nak makan
iools diam je.. nak suruh IF masak letuuww
tapi IF nih hati kental dan keras.. tak masak pun..
sebab tak tau nak masak apa..
IF tanya ibu 
'Ibu nak makan apa? adik masak'
ibu jawab
'tak tahulah dik. ibu tak nak makan nasi'
IF layankan aje..
'ok kalau macam tu adik masak megi nak? masak behun, lempeng?
roti jala? burger? adik call mcd yeah?'
punyalah IF tanya macam2 nak makan apa bagai
ibu dok geleng kepala.. 
ah sudah.. macam mana ni.. IF pun diam masuk bilik buat kerja
IF keluar bilik selepas 2 3 jam dalam bilik tanya ibu dah makan
ibu buat donno je.. hmm sampai ke malam. 
angah balik keje angah terus bancuh soya organik untuk ibu..
nak pulak telan...
prrffff.. kejam ibu! tecik ati adik! *punya tak terpikir nak bagi ibu minum soya

So hari ni IF bangun awal.. dalam pukul 7 lebih macam tuh..*kantoi selama ni bangun lambat
ala cepat 2 jam je pun tu pun ibu dah hepy tengok muka monyok IF..
lepas breakfast IF pun layan lapy.. tetiba ibu panggil ibu suruh masak sup!
dalam kepala hotak ni dah pikir.. sup? sup? sup?
oh baru teringat yang IF penah jadi ketua chef untuk program penyembelihan ayam kat U bulan lepas..
terus bukak peti ais tengok apa yang ada.. hampehhh.. yang ada lobak merah, bunga kobis @kobis bunga
tomato, kentang and ayam.. pun boleeehh demi ibu..
nak tau IF masak macam mane? jommm belajar

Bahan2 :

ayam *tak kisah berapa banyak
bunga kobis @kobis bunga *potong ikut suka
lobak merah *potong ikut suka
tomato *setengah biji pun dah ok
secukup rasa meggi *ikut rasa
cube pati ayam *1 cube je
air masak 1 jag
ubi kentang *2 biji potong ikut suka
bawang putih bawang merah *siap blend
minyak masak *sikit je.. jangan banyak2 1 sudu besar pun dah cukup

Cara2 memasak sup :

1) masukkan minyak masak selepas periuk dipanaskan
2) masukkan bawang yang siap di blend
3)selepas naik bau, masukkan ayam yang siap di potong kecil
4) kacau dan ratakan bawang tadi bersama dengan ayam
5) masukkan sedikit/ separuh cube pati ayam secara hancur dan kacau dan tutup periuk
6) selepas ayam menjadi separuh masak, masukkan air masak 1 jag
7) masukkan ubi kentang 
8) selepas 5 ke 10 minit ubi kentang di masukkan, masukkan sayur *bunga kobis dan lobak merah
9) masukkan sedikit / separuh lagi cube pati ayam
10) kacau dan tutup periuk dalam 5 ke 10 minit untuk ubi kentang dan sayur2 tadi menjadi empuk
11) selepas itu masukkan secukup rasa meggi dan kacau sambil masukkan tomato..
12) tutup api dan sup sedia untuk dihidang!

Ok ini adalah cara masakan IF.. maybe uools ada cara tersendiri untuk masak sup ayam
boleh jer share masakan dengan IF.. lagi IF suka..hihi
yelah orang tak pandai masak macam iools ni kenalah banyak belajar.. ye dak??
ibu siap puji sedap sup IF tuh.. hahah kembang hidung daku sekejap..
ok uolls itu je untuk hari ini.. hihi Asalamualaikum

With Love,